Tuesday, 22 March 2011

Sihatkah? Atau dah lemah dek terlalu lama berhibernasi sepanjang musim sejuk ni? Ye la mana taknya. Musim sejuk gym pun kadang2 tak buka. tambahan pula diri sendiri yg malas nak meredah kesejukan hawa (huhu.. alasan). Pernah terfikir tak kenapa kita perlu sihatkan diri? Adakah sekadar takut jatuh sakit di kemudian hari semata2? Adakah sebab nak jaga kecantikan bentuk badan je? Setiap individu mesti ada niat tersendiri bila dah melaburkan wang untuk menjaga kesihatan kan. Nak cantik tu mahal. Nak sihat pun mahal. Contohnya bersukan. Sekurang2nya nak main badminton pun perlukan pelaburan (untuk raket dan bulu tangkis). Kasut sukan kena ada kalau nak jogging. Tapi, demi nak sihat dan cantik tubuh badan kita sanggup keluarkan wang nak beli semua tu. Kenapa kita sanggup berhabis wang semata2 untuk cantik dah sihat je?

Haa.... Bersukan bukanlah sekadar untuk cantik dan sihat semata2. Kalau dah cantik dan sihat, apa kita nak buat dengan kecantikan dan kesihatan tu? Untuk belajar? Untuk bekerja? Allah beri kita tubuh badan yang cukup anggota dan indera ni untuk dipamer, digunakan sebagai enjin bekerja semata2 ke?

Menjaga kesihatan tubuh badan tu adalah kewajipan kita juga.. Allah mahu hamba-hambaNya mempunyai tubuh badan yang sihat agar kita dapat melakukan tugas kita sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi, mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya secara berterusan . Tugas kita adalah seperti dalam firman Allah SWT:


`Kamulah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia. Kamu mengajak kepada kebaikan, kamu melarang daripada kejahatan dan kamu beriman kepada Allah’. (Ali-Imran: 110)
Apabila seseorang Muslim itu sihat, dia mempunyai kekuatan, kemampuan dan fikiran yang cergas untuk melaksanakan apa sahaja tugas yang diamanahkan kepadanya oleh Allah SWT. Bukan itu saja, tugas yang diamanahkan oleh keluarga, pensyarah, kawan-kawan mahupun masyarakat dan negara juga dapat dilaksanakan.

Setiap individu dianugerahkan oleh Allah SWT dengan potensi dan bakat yang tersendiri. Kita haruslah mengembangkan potensi dan bakat yang Allah SWT anugerahkan kepada kita dengan cara yang dibenarkan oleh syariat Islam.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers